Tuesday, September 24, 2013

Petua Kecantikan : Lobak Merah

Lobak Merah:

Parut sebatang lobak merah dan satukan bersama sebiji kuning telur dan sedikit jus limau nipis sehingga sebati. Tepek pada keseluruhan muka dan leher dan biarkan kering. Bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu. ia menjadikan wajah lebih berseri, mulus, menegangkan kulit.

Saturday, September 21, 2013

Khasiat Madu

Madu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan mengekalkan kulit yang lembut. Ia juga bertindak sebagai anti oxidant dan mengandungi pelbagai vitamin dan seperti manganese dan zat besi yang sangat penting bagi pertumbuhan fizikal kanak-kanak.

Bagi kanak-kanak yang berumur dua tahun ke atas dan sering batuk dan mempunyai banyak lendir, madu boleh diberikan kepada mereka.
Madu melegakan kerongkong dan bertindak sebagai ‘natural cough suppressant’yang menghentikan batuk.

Madu harus diberikan dalam kuantiti yang kecil. Ia akan merangsangkan pengeluaran saliva (air liur) dan seterusnya dapat melonggarkan kahak yang pekat.

Bebas Bulu Roma

BAYANGKAN anda memakai skirt atau gaun pendek mahupun baju tanpa lengan, selain daripada memilih pakaian yang sesuai, apakah antara perkara pertama yang akan anda lakukan?
Bagi sesetengah individu, mencukur bulu kaki dan bahagian bawah lengan ialah untuk kekemasan diri, ada juga untuk mematuhi norma-norma masyarakat yang biasa tanpa bulu roma di badan, khasnya di ketiak dan kaki.

Amalan mencukur datang dari Barat yang menyatakan kewujudan bulu pada kaki dan bahagian bawah lengan adalah tidak menarik.

Keadaan ini wujud apabila pakaian wanita semakin pendek dan kehadiran pisau pencukur yang berkualiti.

Bergantung pada keperluan, sesetengah wanita hanya mencukur bulu roma sehingga ke bahagian bawah lutut, manakala ada yang mencukur keseluruhan bahagian kaki dan ketiak.

Kekerapan bercukur juga bergantung kepada individu dan kepantasan bulu roma tumbuh semula. Ada yang bercukur setiap hari, dan ada yang akan menunggu beberapa hari sebelum melakukannya.


MENGGUNAKAN pisau cukur yang tumpul boleh menyebabkan luka pada kulit.

Sungguhpun demikian, sesetengah wanita membuat pilihan untuk tidak mematuhi tekanan sosial yang lebih gemarkan bahagian badan tidak berbulu, tidak pernah bercukur langsung.

Pisau pencukur khas berbeza bentuknya daripada yang digunakan oleh lelaki untuk mencukur misai dan janggut, digunakan untuk wanita.

Selain daripada pisau cukur, pelbagai produk mengeluarkan bulu roma seperti kit lelilin dan depilatory, bahan - krim, losen atau serbuk yang mengandungi bahan kimia yang menceraikan ikatan kimia bulu roma, mengeluarkannya dari permukaan kulit - juga boleh didapati di pasaran.

Namun, lebih ramai wanita yang beralih pada kaedah waxing dan laser. Sungguhpun itu, kaedah mencukur merupakan kaedah pembuangan bulu roma yang paling murah berbanding kaedah-kaedah lain.

Anda boleh mencukur di rumah dan barangan asas yang diperlukan adalah pisau cukur, air suam, gel atau bebuih mencukur serta krim pelembap.

Wanita biasanya bercukur ketika mandi dan harus dilakukan dengan berhati-hati, bukan tergesa-gesa agar cukuran bersih, tanpa luka dan kerengsaan.

Sungguhpun bercukur kaki akan menghasilkan bahagian badan yang licin dan bebas bulu roma namun terdapat juga keburukan bercukur.

Antaranya ialah anda boleh melukakan bahagian kulit yang dicukur, khasnya jika anda baru sahaja baru mempelajari kaedah terbaik mencukur. Anda juga boleh berhadapan dengan kerengsaan kulit dan masalah lain seperti kepedihan, jangkitan, luka dan calar dan bulu ingrown yang berlaku apabila bulu tumbuh di tisu berhampiran dan bukan ke atas dan ke luar kulit.


PAKAIAN wanita yang semakin singkat antara punca mengapa wanita merasakan tidak selesa mempunyai bulu roma di kaki.

Di samping itu, mencukur juga tidak menjadikan kulit anda bebas bulu roma untuk jangka masa yang panjang dan apabila bulu roma tumbuh balik, kulit akan terasa kasar.

Tip mencukur bulu kaki:

1. Sekiranya bercukur pada sebelah pagi, digalakkan menunggu sekurang-kurangnya 20 minit selepas bangun tidur.

2. Jangan cukur pada kulit yang kering. Sekiranya kulit anda kering, pisau pencukur akan tersumbat dengan kulit mati dan menghalang anda mendapat kulit yang licin. Oleh itu, adalah wajar sekiranya anda menggunakan skrub badan di kawasan terlibat terlebih dahulu untuk mengeluarkan sel-sel kering.

3. Jangan basahkan bahagian yang hendak dicukur dengan air sejuk. Ini kerana air sejuk akan menutup pori-pori kulit dan menyukarkan bulu dibuang. Rendam atau alirkan air suam atau panas selama kira-kira tiga minit sebelum bercukur.

4. Pisau cukur yang tumpul boleh menyebabkan luka pada kulit dan tidak efisyen. Oleh itu, digalakkan pisau cukur ditukar sekurang-kurangnya seminggu sekali.

5. Terdapat pelbagai jenis pisau cukur di pasaran sama ada yang mempunyai lapisan pelembap, kepala yang boleh berputar dan bilah yang pelbagai, pilih pisau cukur yang sesuai dengan anda. Dapatkan pendapat lain mengenai kelebihan suatu pisau cukur.

6. Elakkan daripada mencukur di bahagian luka yang telah kering atau bonjolan kecil di bahagian yang hendak dicukur kerana anda boleh mencederakan dan merosakkan kulit.

7. Sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif, gunakan produk yang bersesuaian dengan keadaan kulit anda.

8. Pastikan anda sentiasa membilas bahagian pisau pencukur dengan kerap ketika bercukur dan tidak menekannya terlalu kuat di kulit.

9. Gunakan krim atau gel mencukur untuk melicinkan lagi proses mencukur. Elakkan daripada mengguna sabun kerana ia tidak memberikan kesan cukuran seperti yang diharapkan nanti.

10. Untuk kaki, mulakan daripada pergelangan kaki ke atas. Untuk bahagian ketiak, anda harus mencukur dari pelbagai arah kerana bulu roma tumbuh dalam pelbagai arah di bawah lengan.

11. Apabila bulu roma bergulung di bahagian bawah kulit, ia menyebabkan bulu ingrown. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, pastikan anda membersihkan kulit dengan skrub setiap hari dan menggunakan losen badan asid glikolik.

12. Selepas bercukur, sapukan minyak atau pelembap untuk mengelakkan kekeringan dan memberikan kelegaan.

13. Pastikan kulit anda berehat sekuran-kurangnya 24 jam sebelum berenang di laut untuk mengelakkan kepedihan akibat terkena air masin.



Petua Tanggalkan Daki Dan Sel Mati Serta Haluskan Kulit

PETUA KECANTIKAN

Beras Pulut:

Ia berfungsi untuk menanggalkan daki dan sel-sel mati serta menghaluskan kulit. Manakala serbuk beras pulut dan beras pulut hitam khusus untuk menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut, di samping memerah dan memutihkan kulit wajah dan badan.


Cara-Caranya:
1. Rendam beras pulut hingga lembut, kemudian tumbuk sehingga lumat.

2. Sebelum mandi, lumurkan seluruh badan dengan beras yang ditumbuk.

3. Biarkan lumuran tadi separuh kering dan sental kulit anda perlahan-lahan.

4. Bilas badan anda  dengan air mandian.  Amalkannya sekerap yang mungkin.

5. Untuk hasil yang terbaik amalkan,2 kali seminggu.Kulit tubuh anda dijamin akan cerah.


Selamat mencuba!


Friday, September 20, 2013

Mengapa Lelaki Suka Wanita Tanpa Mekap

Mungkin ramai sudah tahu yang kebanyakan lelaki sememangnya suka melihat wanita tanpa mekap. Namun begitu tidak ramai yang tahu apa sebab di sebaliknya. Di sini kami bongkar rahsia lelaki mengapa mereka sebenarnya suka wanita yang tidak bersolek.


Suka Wanita Yang Yakin
Lelaki memandang keyakinan seorang wanita itu sebagai sesuatu yang seksi. Bukan mudah untuk seseorang wanita untuk meninggalkan alat solek mereka tanpa keyakinan yang tinggi. Sekiranya anda berani keluar dengannya tanpa secalit pun mekap di wajah, jelas kelihatan keseksian anda kerana keyakinan anda itu.

Tidak Suka Wanita Obses
Lelaki sukakan wanita yang cantik tetapi tidak suka dengan wanita yang terlalu obses dengan kecantikan. Walaupun mahu ke kedai mamak, anda sudah mengenakan solekan yang tebal seperti mahu ke majlis makan malam! Kaum lelaki tidak mahu pasangan mereka terlalu bergantung kepada solekan sehingga menganggapnya sebagai ‘tuhan’ dan tidak boleh hidup tanpanya.

Suka Melihat Anda Ketika Bangun Tidur
Apa yang pasti, anda tidak akan mengenakan sebarang mekap sekiranya anda tidur dan lelaki menganggap rupa paras wanita yang baru bangun tidur itu sangat seksi. Bukan itu sahaja, wajah anda yang natural itu membuatkan si dia terbayang-bayang rupa paras anda ketika tidur di sebelahnya setelah anda berdua berkahwin kelak.

Lelaki Tidak Suka Menunggu
Setiap kali anda ada temu janji dengannya, pasti si dia harus menunggu anda di dalam kereta kerana anda mengambil masa terlalu lama untuk bersiap. Lelaki sememangnya tidak suka menunggu, jadi dia lebih suka anda keluarnya tanpa mengenakan apa-apa solekan untuk menjimatkan masanya.

Cantik Luaran Tidak Penting
Pada peringkat awal perhubungan, cantik luaran sememangnya dipandang lelaki. Tetapi lama kelamaan, sekiranya anda cantik tetapi tidak pandai mengambil hati, kuat merajuk, suka membebel atau sering menyusahkannya, si dia akhirnya akan merasa bosan. Jadi, cantik luaran dan dalaman itu sama-sama penting untuk memikat hati lelaki.

6 Panduan Penjagaan Kulit Muka Berjerawat

1. Basuh muka 2 kali sehari dengan sabun yang betul. Jangan basuh muka dengan menggunakan sabun badan kerana tahap kealkaliannya adalah berbeza. Seeloknya, gunakan sabun muka jenis pengawalan minyak contohnya, Vaseline (Oil Control).

2. Elakkan makanan yang berminyak seperti daging burger segera.

3. Elakkan makanan laut seperti sotong, ketam, udang dan sebagainya KECUALI ikan. (Terpulang kepada kulit individu).

4. Elakkan makanan seperti kacang tanah. (Namun ada juga individu yang boleh makan kacang kuda, almond, gajus dan lain-lain. Ia terpulang kepada kulit individu)

5. Elakkan daripada mengguna tuala badan untuk mengelap muka selepas mandi kerana kulit yang sensitif adalah sangat sensitif dengan kekotoran. Gunakan tuala kecil yang lain atau tisu.

6. Ambil supliment yang mengandungi Vitamin C. Ia sangat-sangat membantu masalah kulit muka berjerawat, berminyak dan resdung.

Wednesday, September 18, 2013

Facial Mask : Apa Yang Anda Perlu Tahu

Facial Mask selalunya mengandungi bahan-bahan yang mengkhasiatkan kulit iaitu memberi vitamin dan melancarkan perjalanan darah pada kulit.

Biasanya facial mask jika kita lihat di pasaran kaya dengan bahan-bahan penting seperti vitamin buah-buahan, vitamin E,A,C, atau tomato, kolagen dan sebagainya.

Facial mask juga selaunya boleh disesuaikan dengan kulit iaitu untuk normal, berminyak, kering atau sensitif. Sebab itulah adalah amat penting untuk kita kenali dulu jenis kulit kita.

Facial mask bagi yang biasa menggunakannya, selepas pakai kulit akan terasa sangat ringan dan selesa. Ini kerana kulit mendapat zat yang perlu untuk kulit dan rasa tegang semasa pemakaian facial mask akan melancarkan perjalanan darah sebenarnya.

Inilah yang sebenarnya selalu kita lupa, bila darah dalam kulit berjalan dengan baik kulit akan rasa segar dan ringan serta selesa. Ini yang pentingnya facial mask pada kulit kita..

Tuesday, September 17, 2013

Cara merawat kecantikan wajah di pagi hari

Pagi adalah masa yang paling baik untuk memaksimakan perawatan wajah.
Walaupun terdapat ramai lelaki yang mengatakan bahawa wanita sangat seksi pada saat bangun dari tidur, namum hakikatnya kulit wajah adalah dalam keadaan kusam dan tidak segar.

Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda amalkan untuk merawat wajah pada waktu bangun dari tidur:

1. Membersihkan wajah
Cuci wajah anda menggunakan air suam dan lapkan dengan kain yang kering. Bersihkan bahagian bawah mata dan hidung. Mencuci wajah dengan air suam menjadikan kulit lebih lembut dan menyingkirkan minyak.

2. Memakai toner
Pilihlah toner yang tidak mengandungi alkohol agar wajah anda menjadi lebih segar dan cerah selalu.

3. Memakai pelembap
Tuangkan pelembap di tapak tangan, kemudian menepuk-nepuknya ke seluruh permukaan wajah. Jangan menggosoknya secara kasar kerana cara ini akan menyebabkan permukaan kulit rosak.

4. Minum air secukupnya
Pastikan tubuh badan anda menerima air yang secukupnya supaya kekal segar dan sihat.


"LIKE" kami di facebook untuk mendapatkan lebih banyak TIPS rawatan kulit dan kecantikan dengan percuma!

Atasi masalah bibir kering dan mengelupas

5 TIPS mengatasi bibir kering dan mengelupas:

1. Sapukan madu atau margerin untuk meningkatkan ketahanan kulit bibir.
2. Minum air dengan secukupnya.
3. Gunakan lip balm/lip gloss untuk melembabkan bibir.
4. Jangan membiasakan menjilat bibir kerana air liur mengandungi enzim yang menyebabkan bibir menjadi kering.
5. Pilih gincu yang sesuai dan tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang berbahaya.


Apa itu T-Zone?

Bila bercakap tentang rawatan kulit atau produk kecantikan, kita sering mendengar perkataan "t-zone".
Apa itu 't-zone'?
Dan mengapa ia sangat penting?


Di mana T-Zone?
T-Zone adalah bahagian pada muka yang membentuk garisan huruf T.
Ianya adalah bahagian dahi yang menghubungkan kedua kening, seterusnya bahagian tengah kening turun melalui hidung ke dagu, seolah-olah membentuk satu huruf T.


Kenapa T-Zone ini sangat penting?
Ini adalah kerana kulit di bahagian t-zone mengandungi kepekatan kelenjar minyak yang sangat tinggi. Dengan kata mudahnya, kulit di kawasan t-zon adalah lebih berminyak daripada bahagian muka yang lain. Keadaan ini menjadikan kulit di kawasan t-zon lebih mudah terdedah kepada jangkitan jerawat, ruam kemerahan,serta pembesaran liang pori.

Monday, September 16, 2013

Kenali Tahap Kulit Anda

Secara amnya, tahap kesihatan kulit boleh dibahagikan kepada 4 jenis utama iaitu:

1.Kulit kering
2.Kulit normal
3.Kulit berminyak
4.Kulit kombinasi


Mari kita lihat ciri-ciri setiap tahap kesihatan kulit ini.

1. Kulit kering:
- Permukaan kulit kering dan tipis
- Kulit kelihatan kusam
- Terdapat garis halus, dengan bertambahnya usia maka garis tersebut akan menjadi kedutan
- Pori-pori halus / tidak kelihatan.


2. Kulit normal:
- Pori-pori halus/sedang
- Kulit lembut, halus dan kenyal
- Jarang timbul jerawat
- Kulit bersinar


3. Kulit berminyak:
- Pori-pori besar
- Kulit mengkilat
- Kulit mudah berjerawat
- Kulit luar tebal


4. Kulit kombinasi
- Berminyak di daerah T ( dahi, hidung, dagu)
- Normal di daerah pipi dan rahang
- Kering di daerah sekitar mata, pipi bagian atas, dan leher.


Dengan mengenalpasti tahap kulit, kini anda boleh memilih kaedah rawatan dan penjagaan wajah yang bersesuaian dengan jenis kulit anda.


Sunday, September 15, 2013

Manfaat Krim Malam Pada Rawatan Wajah


Krim malam mempunyai fungsi yang jauh lebih utama dalam mengekalkan kecantikan kulit, sama pentingnya dengan krim siang yang peranan nya lebih tertumpu kepada membekalkan kelembapan berterusan serta perlindungan dari sinar UV yang menggelapkan kulit.

Semasa tidur, kita berada dalam keadaan rehat secukupnya dan bebas stress. Maka kulit berada dalam keadaan bersedia untuk menyerap segala vitamin yang terkandung dalam krim secara optimum, menembus jauh ke dalam agar mampu bertindak lebih efektif dalam menangani tanda-tanda penuaan, memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit yang rosak, mengangkat sel-sel kulit mati dan meremajakan lapisan kulit dari dalam.

Hasil amalan berterusan, kita pasti merasai perbezaan nya. Kita tidak mampu menghalang penuaan, tetapi kita boleh melambatkan proses itu dengan penjagaan wajah yang sewajarnya dari awal.

Pilihlah Krim malam yang kaya dengan pelembab dan bahan antioksida. Ini kerana krim ini mampu merencatkan masalah jerawat dan jeragat, memudarkan parut, menghalus dan mencerahkan kulit, mencegah kulit kusam, meratakan rona kulit, mengecilkan pori dan mengurangkan kedutan halus agar tampil segar berseri setiap kali bangun pagi.

Wajah Cantik Tanpa Make Up?


Bagi setiap wanita, "cantik" merupakan kata pujian yang sangat ingin didengari dari semua orang tentang dirinya. Menjadi cantik adalah impian setiap wanita, apatah lagi cantik secara semulajadi tanpa mengenakan sebarang solekan atau make up.

Wajah cantik tanpa make up bukan mustahil, dan ini adalah TIPS nya:

1. Memakai kaca mata
Ya, cara ini adalah cara yang paling simple untuk tampil cantik tanpa make up. Kaca mata akan menutupi wajah anda yang tidak mengenakan make up. Pemilihan kaca mata yang sesuai akan melengkapkan kecantikan wajah anda walaupun tanpa solekan.

2. Melakukan rawatan wajah secara teratur
Cuci wajah anda dua kali sehari, iaitu pada sebelah pagi dan sebelah malam sebelum tidur. Gunakan pelembap yang bersesuaian dan lakukan rawatan wajah secara teratur untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan wajah secara semulajadi.

3. Gaya kan rambut atau tudung
Gaya rambut atau tudung yang bersesuaian dengan bentuk wajah dapat menyerlahkan kecantikan anda walaupun tanpa mengenakan sebarang make up.

4. Pelembap bibir
Bibir pecah, kering dan tidak segar akan mengurangkan seri wajah anda. Tidak mengenakan make up bukanlah bermakna membiarkan bibir anda menjadi kering. Gunakan pelembap bibir untuk mengembalikan kesegaran pada wajah anda dan sentiasa tampil cantik.

Semoga tips untuk tampil cantik tanpa make up yang telah dikongsikan di atas akan dapat membantu anda untuk terus kekal cantik dan berseri secara semulajadi.