Tuesday, September 24, 2013

Petua Kecantikan : Lobak Merah

Lobak Merah:

Parut sebatang lobak merah dan satukan bersama sebiji kuning telur dan sedikit jus limau nipis sehingga sebati. Tepek pada keseluruhan muka dan leher dan biarkan kering. Bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu. ia menjadikan wajah lebih berseri, mulus, menegangkan kulit.

Saturday, September 21, 2013

Khasiat Madu

Madu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan mengekalkan kulit yang lembut. Ia juga bertindak sebagai anti oxidant dan mengandungi pelbagai vitamin dan seperti manganese dan zat besi yang sangat penting bagi pertumbuhan fizikal kanak-kanak.

Bagi kanak-kanak yang berumur dua tahun ke atas dan sering batuk dan mempunyai banyak lendir, madu boleh diberikan kepada mereka.
Madu melegakan kerongkong dan bertindak sebagai ‘natural cough suppressant’yang menghentikan batuk.

Madu harus diberikan dalam kuantiti yang kecil. Ia akan merangsangkan pengeluaran saliva (air liur) dan seterusnya dapat melonggarkan kahak yang pekat.

Bebas Bulu Roma

BAYANGKAN anda memakai skirt atau gaun pendek mahupun baju tanpa lengan, selain daripada memilih pakaian yang sesuai, apakah antara perkara pertama yang akan anda lakukan?
Bagi sesetengah individu, mencukur bulu kaki dan bahagian bawah lengan ialah untuk kekemasan diri, ada juga untuk mematuhi norma-norma masyarakat yang biasa tanpa bulu roma di badan, khasnya di ketiak dan kaki.

Amalan mencukur datang dari Barat yang menyatakan kewujudan bulu pada kaki dan bahagian bawah lengan adalah tidak menarik.

Keadaan ini wujud apabila pakaian wanita semakin pendek dan kehadiran pisau pencukur yang berkualiti.

Bergantung pada keperluan, sesetengah wanita hanya mencukur bulu roma sehingga ke bahagian bawah lutut, manakala ada yang mencukur keseluruhan bahagian kaki dan ketiak.

Kekerapan bercukur juga bergantung kepada individu dan kepantasan bulu roma tumbuh semula. Ada yang bercukur setiap hari, dan ada yang akan menunggu beberapa hari sebelum melakukannya.


MENGGUNAKAN pisau cukur yang tumpul boleh menyebabkan luka pada kulit.

Sungguhpun demikian, sesetengah wanita membuat pilihan untuk tidak mematuhi tekanan sosial yang lebih gemarkan bahagian badan tidak berbulu, tidak pernah bercukur langsung.

Pisau pencukur khas berbeza bentuknya daripada yang digunakan oleh lelaki untuk mencukur misai dan janggut, digunakan untuk wanita.

Selain daripada pisau cukur, pelbagai produk mengeluarkan bulu roma seperti kit lelilin dan depilatory, bahan - krim, losen atau serbuk yang mengandungi bahan kimia yang menceraikan ikatan kimia bulu roma, mengeluarkannya dari permukaan kulit - juga boleh didapati di pasaran.

Namun, lebih ramai wanita yang beralih pada kaedah waxing dan laser. Sungguhpun itu, kaedah mencukur merupakan kaedah pembuangan bulu roma yang paling murah berbanding kaedah-kaedah lain.

Anda boleh mencukur di rumah dan barangan asas yang diperlukan adalah pisau cukur, air suam, gel atau bebuih mencukur serta krim pelembap.

Wanita biasanya bercukur ketika mandi dan harus dilakukan dengan berhati-hati, bukan tergesa-gesa agar cukuran bersih, tanpa luka dan kerengsaan.

Sungguhpun bercukur kaki akan menghasilkan bahagian badan yang licin dan bebas bulu roma namun terdapat juga keburukan bercukur.

Antaranya ialah anda boleh melukakan bahagian kulit yang dicukur, khasnya jika anda baru sahaja baru mempelajari kaedah terbaik mencukur. Anda juga boleh berhadapan dengan kerengsaan kulit dan masalah lain seperti kepedihan, jangkitan, luka dan calar dan bulu ingrown yang berlaku apabila bulu tumbuh di tisu berhampiran dan bukan ke atas dan ke luar kulit.


PAKAIAN wanita yang semakin singkat antara punca mengapa wanita merasakan tidak selesa mempunyai bulu roma di kaki.

Di samping itu, mencukur juga tidak menjadikan kulit anda bebas bulu roma untuk jangka masa yang panjang dan apabila bulu roma tumbuh balik, kulit akan terasa kasar.

Tip mencukur bulu kaki:

1. Sekiranya bercukur pada sebelah pagi, digalakkan menunggu sekurang-kurangnya 20 minit selepas bangun tidur.

2. Jangan cukur pada kulit yang kering. Sekiranya kulit anda kering, pisau pencukur akan tersumbat dengan kulit mati dan menghalang anda mendapat kulit yang licin. Oleh itu, adalah wajar sekiranya anda menggunakan skrub badan di kawasan terlibat terlebih dahulu untuk mengeluarkan sel-sel kering.

3. Jangan basahkan bahagian yang hendak dicukur dengan air sejuk. Ini kerana air sejuk akan menutup pori-pori kulit dan menyukarkan bulu dibuang. Rendam atau alirkan air suam atau panas selama kira-kira tiga minit sebelum bercukur.

4. Pisau cukur yang tumpul boleh menyebabkan luka pada kulit dan tidak efisyen. Oleh itu, digalakkan pisau cukur ditukar sekurang-kurangnya seminggu sekali.

5. Terdapat pelbagai jenis pisau cukur di pasaran sama ada yang mempunyai lapisan pelembap, kepala yang boleh berputar dan bilah yang pelbagai, pilih pisau cukur yang sesuai dengan anda. Dapatkan pendapat lain mengenai kelebihan suatu pisau cukur.

6. Elakkan daripada mencukur di bahagian luka yang telah kering atau bonjolan kecil di bahagian yang hendak dicukur kerana anda boleh mencederakan dan merosakkan kulit.

7. Sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif, gunakan produk yang bersesuaian dengan keadaan kulit anda.

8. Pastikan anda sentiasa membilas bahagian pisau pencukur dengan kerap ketika bercukur dan tidak menekannya terlalu kuat di kulit.

9. Gunakan krim atau gel mencukur untuk melicinkan lagi proses mencukur. Elakkan daripada mengguna sabun kerana ia tidak memberikan kesan cukuran seperti yang diharapkan nanti.

10. Untuk kaki, mulakan daripada pergelangan kaki ke atas. Untuk bahagian ketiak, anda harus mencukur dari pelbagai arah kerana bulu roma tumbuh dalam pelbagai arah di bawah lengan.

11. Apabila bulu roma bergulung di bahagian bawah kulit, ia menyebabkan bulu ingrown. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, pastikan anda membersihkan kulit dengan skrub setiap hari dan menggunakan losen badan asid glikolik.

12. Selepas bercukur, sapukan minyak atau pelembap untuk mengelakkan kekeringan dan memberikan kelegaan.

13. Pastikan kulit anda berehat sekuran-kurangnya 24 jam sebelum berenang di laut untuk mengelakkan kepedihan akibat terkena air masin.